
Tuesday, 7 August 2012@20:05
Assalamualaikum.
Kalau nak tahu, kami ada satu secret. Secret ni satu Malaysia tau. Kalau korang nak tahu, bulan ni bulannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn *drum rolls* RAMADHAN ALMUBARAK. Wheeeeeee ~ Best kan bila bulan yang kita selalu rindu dah tiba? Boleh puasa, boleh solat jemaah, boleh solat tarawikh dan dapat makanan free. Lepas tu pulak DSN bermurah hati nak belanja Baskin Robbins free SatuMalaysia sempena Olimpik. Wahhh, indahnya dunia *tangan di bahu mata ke atas*.
Tapi apa apa pun, bestnyaa Raya dah dekat *tetiba. Hahahahhahahahah. Baju 10 helai kami beli. *Kau hadooooo?* Kay kay, serious. But tak best jugak sebab puasa dah nak habis. Adakah kita masih berpuasa tahun depan? Or tahun tahun selepasnya? Wallahualam. So, jangan lepaskan peluang untuk kita melakukan amal ibadat dengan iltizam seolah olah tiada hari esok.
AMALAN AMALAN YANG TIDAK BERADAB SEMASA BULAN PUASA :
Kalau nak tahu, kami ada satu secret. Secret ni satu Malaysia tau. Kalau korang nak tahu, bulan ni bulannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn *drum rolls* RAMADHAN ALMUBARAK. Wheeeeeee ~ Best kan bila bulan yang kita selalu rindu dah tiba? Boleh puasa, boleh solat jemaah, boleh solat tarawikh dan dapat makanan free. Lepas tu pulak DSN bermurah hati nak belanja Baskin Robbins free SatuMalaysia sempena Olimpik. Wahhh, indahnya dunia *tangan di bahu mata ke atas*.
Tapi apa apa pun, bestnyaa Raya dah dekat *tetiba. Hahahahhahahahah. Baju 10 helai kami beli. *Kau hadooooo?* Kay kay, serious. But tak best jugak sebab puasa dah nak habis. Adakah kita masih berpuasa tahun depan? Or tahun tahun selepasnya? Wallahualam. So, jangan lepaskan peluang untuk kita melakukan amal ibadat dengan iltizam seolah olah tiada hari esok.
AMALAN AMALAN YANG TIDAK BERADAB SEMASA BULAN PUASA :
1. Menunjuk nunjuk makanan *bagi yang ma'zurah
2. Bersetubuh di siang hari
3. Merokok
4. Mengumpat
5. Korek tutu tutututututtutu.
1 replied

Sunday, 22 April 2012@23:27

Puan Solehah Awang dilahirkan pada 2 September 1957 di Kg. Kubang Julai, Tokai, Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Rambai kemudian ke Sek.Men.Agama Simpang Empat dan Maktab Mahmud. Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Syariah Islamiah. Suaminya merupakan pengetua SMKA Nibong Tebal. Beliau mempunyai 4 cahaya mata.
Beliau memulakan khimat sebagai guru di SMK Panglima Bukit Gantang (1981-1985) kemudian SMK Ibrahim (1986-1998) kemudian SMK Dato Bijaya, Sg.Petani (1999-2000) kemudian di SMK Kg. Nangka, Sarawak ( 2000-2001) kemudian SMK Tunku Abd.Rahman (2001-2002), SMK Cik Alwi (2002-2004) kemudian di SMK Syekh Barakbah (2005-2007), Jawi, P.Pinang sebagai PK Pentadbiran dan seterusnya menjawat pengetua di SMKA(P) AlMashoor pada Ogos tahun 2007.Persepsi awal tentang sekolah ini ianya ialah sebuah sekolah yang berjenama, mempunyai pelajar dan guru yang cemerlang serta mampu untuk mencapai kecemerlangan semua bidang. Persepsi beliau yang terkini ialah masih lagi sama seperti persepsi awal beliau terutamanya dari segi ciri-ciri dan budaya yang terdapat di sini.Wawasan dan sasaran beliau ialah untuk meletakkan nama sekolah di dalam kelompok sepuluh yang teratas di dalam negara. Untuk menjalankan sasaran ini,beliau ingin memantapkan pembelajaran pelajar dengan mengadakan 'head count' iaitu mengenalpasti pelajar yang lemah dan membantu mereka mencapai sasaran di dalam PMR, SPM dan STPM. Pelajar yang berpotensi akan dibimbing oleh guru-guru yang lain. Selain itu juga, beliau juga ingin mewujudkan sistem jaringan maklumat yang lebih efektif.Beliau berharap agar sekolah ini dapat mengekalkan identiti tersendiri, menjadi model kepada sekolah yang lain dan dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
0 replied

@23:21

Dari Kiri bawah
1 .Che Faridah Maina(Guru Kanan Teknik dan Vokasional )2 . Norenjah bt Abdul Rahman ( Guru Kanan Matematil )3. Mazanah bt. Yusoff ( Guru Kanan Bahasa )4 .Khairana bt. Zain(PK Pentadbiran )5. Solehah b Awang (Pengetua)6.Che Maznah bt. Jaafar( PK HEM )7 . Rosmaizar bt Mokhtar ( Ketua Panitia Sains )8. Zainab bt. Ibrahim ( Penyelaras PSS )9. Nor Aeida Ab. Wahid (Ketua Panitia B. Arab0. Adnan bin Yaakob (Guru Kanan Kemanusiaan )10 .Sakinah Ahmad11 . Faridah Rahmat12 .Nor Azah Bidi13. Siti Nazura Bt Dzulkefli14 .Norshila Binti Mhd. Shano15 .Zulaikha Jusof16 .Ahmad Faisol Ibrahim ( Ketua Panitia PJK )17. Chong Chin Foong18 . Ayob bin Hanapi ( Ketua Panitia Pen.Islam )19. Hasrul Hashim20 . Mustaza b. Abdullah21. Muhammad Baharom Hj Sidek(Ketua Panitia Matematik)21.Zainuryati Zakaria 22.Norhayati bt. Azman23.NorSyapinah Bt Ahmad4. Nor Harlina Abd Jalil25 . Zaharah Tarim26 .Derani Tan Bung Tan(Ketua Panitia Sejarah)27 . Abirami Maniam28. Chng Paik Suan29 . Rosmalina Bt Wan Ibrahim30. (Guru Kaunselor)31 . Norhani Othman32. Nik Rafik Sani Nik Abd Rahman33.Mohd Ridhwan B. Muhamad Sharif34. Amalina Yusoff35. Zaidah Aluwi36. Nor Hafiza Yusoff37 . Nor Hashimah Syafie38 . Nurolfadhilah Bt Ishak39. Maizatul Aniza bt. Abd Mulok40 . Nor Aeda 41. Zahariah42 .Fuziah Bt. Yusuf43 .Jalilah Bt. Shaik Abdullah44 . Rashilah Ab. Rashid45. Paramesvari Krishnan46. Kamini Sukumaran47. Abirami A/P Maniam
0 replied

@23:09
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) AlMshoor akan memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang cemerlang dalam merealisasikan falsafah pendidikan yang selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal berteraskan al-quran dan al-sunnah dengan mengamalkan budaya kerja seperti berikut :
• Amanah dan cekap dalam melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. • Lancar dan rasional dalam mengambil sebarang tindakan.
• Mesra, prihatin dan sentiasa menunjukan sikap kasih sayang dalam perlakuan.
• Akhlak yang mulia dan budi perkerti yang luhur.
• Sedia menerima perubahan untuk kemajuan sekolah.
• Hubungan yang baik sesama insan melalui kepimpinan yang dinamik dan dedikasi.
• Optimistik dalam menghasilkan pelajar yang berpotensi melanjutkan pelajaran.
• Orentasi ke arah pemupukan dan perkembangan bakat demi mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum.
• Rela berbakti untuk melahirkan anak didik yang berjasa pada agama, bangsa dan negara.
0 replied

@23:01
VISI
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.
MISI
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
0 replied

@22:55
Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.
0 replied

@22:52
Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.
0 replied